CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 9, 2011

My home-made Spaghetti Meatball....


Salam Isnin buat semua...hujung minggu lepas, lepas habis nyiapkan tempahan si Baldu Merah sibuk2kan diri pegi kelas memasak western food pulak...bukan tak biase masak western food cuma selamani dok tgok & follow recipe je...mcm cikgu ckp la..klu resepi tu chef2 selalu bagi yg main saje..tp bile attend class segala tips akan diberi..inilah untungnya klu kita pegi ke kelas...3 resepi istimewa dr Chef Sue sempat dipelajari...Meatball Spaghetti (homemade meatball), Cheese Baked Macaroni, Shepperd Pie & Meatloa

Pagi ni Spaghetti meatball selamat akak sediakan...siap antar kat neighbour depan sbb nak balas balik bekas yg dia bagi last week..dia bagi 2 bekas..akak balas 3..termasuk si baldu merah akak tu le...heheheee



spaghetti meatball


ni la hasilnya..mmg spaghetti sos yg dibuat sendiri berkali2 lebih sedap dr yg kita beli tu...& meatball tu mmg mabellessss....tak jemu2 dimakan..sape2 yang nak try buat..ni akak sertakan resepinya...senang, mudah, ringkas & yg pastinya wallllllah..sodap!!!

Spaghetti Meatball

500gm spaghetti
800gm sos pasta (boleh *buat sendiri atau klu kesuntukan masa boleh beli yg ready made)
700gm meat ball
keju parmesan secukupnya
garam, gula & lada sulah

Meatball

500gm daging lembu
50gm breadcrumbs
35gm tepung gandum
1 labu bawang besar -cincang halus
2 ulas bawang putih - "
2 sudu makan minyak zaitun
2 sudu teh sos lea & perrins
1 st oregano kering

Cara:

1. Meatball - campur semua bahan kecuali minyak & tepung. Gaul sebati & bulat2kan campuran ikut saiz disukai. Taburkan tepung atas bebola daging supaya x melekat antara satu sama lain. Meatball ni boleh samada nak dikukus/goreng. Klu nak goreng..panaskan kuali & tuang minyak zaitun & gorengkan ianya hingga keperangan di kesemua bhgian & toskan.

2. Sementara itu, rebuskan spaghetti & toskan.

3. Dlm kuali lain panaskan sos pasta untuk 5 minit. Masukkan meatball & sesuaikan rasa dgn tambah gula, garam & lada sulah. Tutpkan api

*untuk sos pasta buatan sendiri:
- tumiskan olive oil + leek + batang celery +bawang besar cincang hingga agak layu
- masukkan tomato biji dlm tin & tomato puree
- masukkan stok daging & perasakan dgn gula, garam...klu x suka sos yg x berapa hancur..masukkan dlm blender & blen sekejap..
- setelah hampir masak campurkan meatball &kacau sebati & akhir skali taburkan cheddar cheese & gaul rata.

4. Utk menghidang: ambil sesenduk spaghetti & letak dlm pinggan. Tuang kuah metball & taburkan keju parmesan secukupnya..


senang je kan..bagi yg belum mengenali sayur leek, batang celery..ni la rupanya..

meatball yg dah dikukus


batang celery


leek



0 comments: